Pay with FPX and win a Honda Civic 1.8S! Promo until 31 Oct 2018 only, don't miss your chance to enjoy GST 0% and free delivery for purchase RM700 or above (West Malaysia)!

【K-Pop? K-Perabot!】 BIG BRAIN x MASSTIGE DECO

Perabot MASSTIGE DECO Korea yang diasaskan pada tahun 2005 menerajui budaya perabot generasi baru dengan mengamalkan prinsip “Reka Cipta Inovatif, Harga Berpatutan”. Siri produknya yang agak popular dalam kalangan pengguna pernah memenangi tempat pertama di laman portal terkenal Korea, NAVER sebagai jenama perabot yang paling diminati oleh pasangan yang baru berkahwin.

 “MASSTIGE” membawa makna kombinasi “MASS” (popular dan kebanyakan) dengan PRESTIGE (produk berkualiti dan berjenama).  “MASSTIGE” hasil gabungan “MASS” dan “PRESTIGE” ditakrifkan sebagai jenama produk yang berkualiti dan popular. Kegiatan reka bentuk dan pengeluaran perabotnya beroperasi di kilang yang bertempat di Indonesia dan Korea. Siri produk berlainan yang menonjolkan ciri-ciri butiran tersendiri telah berjaya menyediakan tempat kediaman yang mesra kepada para pelanggan.

Ciri-ciri Jenama

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tren drama Korea telah melanda seluruh dunia. Drama-drama Korea seperti “The Master’s Sun”, “A Hundred Year Legacy”, “Bel Ami”, “Emergency Couple” yang hangat di seluruh dunia membangkitkan gelombang budaya Korea sementara perabot fesyen Korea yang kerap muncul di paparan skrin turut menarik perhatian penonton. MASSTIGE DECO telah mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan gaya reka cipta yang unik dan inovatif serta berwarna-warni sehingga berjaya menarik minat bintang filem Korea dan berpeluang untuk muncul selalu di paparan skrin. Statistik menunjukkan bahawa perabot MASSTIGE DECO yang pernah muncul dalam lebih daripada 148 karya filem Korea telah menambahkan keceriaan dan kecerahan dalam drama. Pada masa yang sama, para penonton yang meminati gaya kediaman yang berkualiti tinggi terdedah kepada pengalaman kediaman fesyen Korea yang baharu.

Selain Korea,perabot MASSTIGE DECO kini semakin menarik perhatian dan minat pengguna dari Hong Kong, Eropah dan Amerika Syarikat, Jepun, China dan negara-negara lain. Sama ada pasangan baru yang bakal mengharungi suka duka kehidupan bersama-sama, pekerja muda yang bersedia untuk meluaskan kerjayanya, ataupun suri rumah muda yang ingin menyingkirkan tradisi dan menentukan semula takrif baharu gaya hiasan rumah, masing-masing telah bersedia untuk menerima konsep fesyen perabot baharu yang berlainan daripada idea lama hiasan kediaman yang membosankan.

Lebih daripada 30 selebriti atau bintang filem dari Korea turut mengesyorkan perabot MASSTIGE DECO.

Lebih daripada 30 selebriti atau bintang filem dari Korea turut mengesyorkan perabot MASSTIGE DECO.

Pengurus

Kim Ji-soo merupakan ketua reka cipta perabot MASSTIGE DECO. Beliau mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang seni, pandangan yang luar biasa terhadap perabot serta terkenal dengan keistimewaan fikiran dan pandangannnya.Setiap produk yang direka cipta olehnya menjadi kegemaran dalam kalangan orang muda.

Perekaciptaan Perabot

Dari segi pencapaian reka cipta, perabot MASSTIGE DECO telah memperoleh Pensijilan Pengurusan Risiko Perusahaan (CERM) yang dipersembahkan oleh Korea Technology Credit Guarantee Fund (KOTEC) pada Jun 2013. Walaupun MASSTIGE DECO antara perusahaan yang memperoleh CERM namun tidak banyak yang berjaya memperoleh CERM dengan pencapaian “penyelidikan dan pembangunan berdasarkan konsep estetika dan teknis dalam merealisasikan sesuatu tren gaya” yang menunjukkan penilaian yang amat tinggi terhadap taraf pencapaiannya.

Dari segi kualiti, perabot MASSTIGE DECO menggunakan bahan yang dipilih melalui bereberapa peringkat penyemakan untuk memastikan kecemerlangan dan jaminan kualiti. Contohnya, siri perabot TYME kebanyakannya menggunakan bahan kayu tekstur yang bermutu tinggi, kayu mahoni dan kayu mesra alam yang berkepadatan tinggi dalam usaha menghasilkan produk kelas pertama. Selama bertahun-tahun berada di pasaran, MASSTIGE DECO telah mendapat pengiktirafan secara umum daripada para pengguna dan mencapai jualan yang amat memuaskan.

Kategori pelanggan perabot utama MASSTIGE DECO tertumpu kepada golongan wanita yang berumur antara 20 dan 30 tahun yang mengutamakan fesyen dan kemewahan. Selain memiliki kumpulan pelanggan yang unik, MASSTIGE DECO turut menggalakkan gaya kehidupan yang baharu, iaitu “Kediaman fesyen, kehidupan selesa”.

Siri Produk

Perabot MASSTIGE DECO dapat memahami keperluan penggunanya dengan tepat dan cepat dengan menentukan golongan muda yang mementingkan gaya fesyen sebagai sasaran pelanggan utama mereka. Antara 30 produk yang mempunyai jualan terbanyak dalam platform e-perniagaan terkenal Korea, terdapat 13 produk merupakan perabot MASSTIGE DECO. Setakat ini, MASSTIGE DECO telah mengeluarkan 18 siri perabot.  

BIG BRAIN x MASSTIGE DECO

BIG BRAIN yang giat berkembang di Malaysia untuk menjadi jenama perabot yang dipercayai dan diminati oleh para pengguna telah memperkenalkan gaya kehidupan yang lebih baik ke Malaysia melalui perspektif global yang dianggap sebagai misi utama pengusaha yang terlibat dalam industri perabot. BIG BRAIN mengintegrasikan trend gaya kehidupan negara-negara yang berbeza serta menyediakan cara penyelasaian isu kediaman yang komprehensif, dan seterusnya membahagikan gaya produknya mengikut gaya kehidupan dan budaya tempat masing-masing.

MASSTIGE DECO berperanan sebagai pemimpin dalam kalangan pihak pengilang serta peruncit perabot Korea yang dilengkapi keupayaan dan kemampuan yang kuat dalam perekaciptaan, pengeluaran dan saluran jualan antarabangsa. Idea MASSTIGE DECO yang mengalakkan pengguna menuntut gaya kehidupan idaman mereka juga bersesuaian dengan prinsip BIG BRAIN. Oleh itu, BIG BRAIN memutuskan untuk memperkenalkan siri perabot MASSTIGE DECO ke Malaysia supaya menyediakan pilihan gaya yang inovatif dan segar serta peluang alternatif yang lebih luas dan seiring dengan trend fesyen dunia.

Mari tengok sejumlah 4 siri perbabot MASSTIGE DECO yang diperkenalkan oleh BIG BRAIN dalam gelombang pertama:

My Signature Londoner (런더너)

Tyme (Take your time: 천천히해)

Macaron (마카롱) Family

Frigo (프리고)


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published